Thursday, July 10, 2008

Re-Visit Kuching



Di WaterFront,Sungai Sarawak.

27/11/2007 - 30/11/2007:
Saya dan isteri berkesempatan untuk ke Kuching - bercuti!Berbanding Kota Kinabalu,ianya merupakan bandaraya yang terletak di tepian sungai Sarawak.Dan kerana saya tidak begitu familiar dengan jalan2 di Kuching,makanya percutian kami pada kali ini diatur menerusi ejen pelancongan..Dan kalau dah pakai travel agent ni,kos akan meningkat sedikit selain terikat dengan waktu..
Tiba lebih kurang jam 12pm..kami di jemput di airport oleh ejen tersebut.Kami terus dibawa makan tengahari di sebuah restoran yang agak terkenal (maaf,namanya sudah terlupa!)Dan sekitar jam 200pm kami terus di bawa ke tempat-tempat menarik sekitar bandar Kuching.Yang pertama kami lawati ialah muzium Sarawak.Mungkin pemandu pelancong kami sudah tau yang isteri saya sudah tidak sabar untuk ke tempat membuat pasu..tanpa membuang masa kami terus ke kilang yang dimaksudkan. Di sini kami ditunjukkan serba sedikit tentang proses pembuatan pasu Sarawak yang sememangnya terkenal dengan keindahan hasil seni tangan yang tinggi.



28/11/2007:Selepas bersarapan,kami dijemput oleh pemandu pelancong untuk di bawa ke Sarawak Cultural Village yang terletak berhampiran Santubong.Ramai yang memberitahu kami,memang tidak sah kalau tidak ke sini.Kunjungan ke sini seakan-akan anda dapat melawat Sawarak dalam masa kurang 1 hari!








Rumah kaum Melanau..Tingginya!








Perkampungan budaya ini menempatkan rumah setiap suku kaum yang terdapat di Sarawak.Anda boleh menyaksikan rumah kaum Melayu,Melanau,Iban dan lain lain lagi sambil melihat kehidupan didalam rumah tersebut dan mempelajari sedikit sebanyak adat resam kaum berkenaan.Didalam rumah itu terdapat beberapa orang yang akan sedia menyambut kedatangan anda, menunjukkan sekitar rumah disamping mempersembahkan kebudayaan mereka. Selepas melawat kesemua rumah tersebut, kami menyaksikan persembahan kebudayaan yang berlangsung di auditorium.Persembahan tersebut menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak berjalan kira-kira 1 jam setengah.Sesuatu yang tidak jemu untuk ditonton.





Mengunjungi Cultural Village sememangnya suatu kemestian bagi mereka yang ingin mempelajari tentang kebudayaan pribumi Sarawak.Dan anda pasti tidak akan menyesal mengunjunginya!Selesai makan tengahari,kami segera ke Semenggoh WildLife Centre.Pusat ini merupakan tempat perlindungan bagi orang utan.Spesis Proboscis Monkey yang hanya terdapat di Borneo.







Kami tiba di Kuching sekitar jam 6 ptg.Setelah berehat dan mandi,kami bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuching.Pemandangan yang indah.Lampu yang begemerlapan melimpahi suasana malam dan angin yang bertiup lembut. Menikmati panorama malam di Riverbank.Memerhatikan bot-bot penambang yang membawa penumpang ke seberang.Kehidupan bandaraya yang tidak terpisah dengan budayanya yang tersendiri.















29/11/2007:Kami bersiar-siar di sekitar pasar Satok yang menjadi tumpuan ramai.



Mencari-cari bahan yang hendak di masak kerana malam ini kami akan bermalam dirumah sahabat saya di Petra Jaya.Rengekan isteri yang tidak puas untuk membeli belah membawa kami ke riverbank,melewati kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderamata dan barang perhiasan.





Di seberang sungai ialah bekas Istana Raja Brooke.Terdapat banyak pengkalan bot penambang di sepanjang sungai ini.Bot-bot penambang ini ditaja oleh syarikat telekomunikasi Maxis dan Digi sebagai agen pengiklanan mereka.Petang itu kami mengambil kesempatan untuk menyusuri Sungai Sarawak - river cruising by boat-memerhatikan kehidupan indah yang tercipta di sepanjang tebing.


Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah makanan.Hanya disini baru saya 'berkenalan' dengan sejenis siput, panggilan tempatannya - ambal.Melihat kan rupanya tidak begitu merangsangkan saya untuk merasainya.Namun apabila telah tersedia dihidangkan oleh teman yang memangnya pakar memasak - ambal masak kari kering, hanya satu perkataan.Wow!Saya percaya

di semenanjung juga terdapat siput ini, cumanya saya tidak pernah ketemu.


Di Satok, kami berkesempatan ke sebuah kafe menjual kek lapis sarawak yang terkenal.Mm..memang lazat dan harganya agak berpatutan.Kami berpeluang untuk merasa pelbagai jenis kek - yang sudah di potong nipis-nipis - dan melihat sendiri bagaimana proses menghasilkan kek lapis sarawak..


Apapun,yang menjadi pilihan utama saya ialah kek hati pari!memang best!

Sememangnya Sarawak menjanjikan pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi.Kami pasti akan kembali ke sini kerana trip kali ini tidak lengkap.Tertinggal satu destinasi yang mesti dikunjungi oleh kaum hawa - Serikin!

Apapun,mungkin untuk trip yang akan datang,saya mau bermalam di tebing sungai Batang Ai (atau di Hilton Batang Ai...)..Ke Gua Niah di Mulu..menyelami kehidupan di rumah panjang..

0 comments: