Trip yang lepas "dari gunung ke dasar lautan"..Dan trip pembukaan tahun ini - TransBorneo 2009 - aktiviti ride anjuran dan diusakahan dengan jayanya oleh saudara Abol dari MBC.8-20 Februari 2009.Sebagai peserta yang terakhir untuk menyertai ride kali ini,saya mengucapkan terima kasih kepada Modenas kerana sudi meminjamkan Modenas EXCITE 130 untuk trip kali ini.Huh?Kapcai?Then?Tak boleh ka?hehehe..Sesekali ride dengan kapcai untuk satu perjalanan yang merangkumi lebih kurang 3200km..dari Kuching hingga ke Kota Kinabalu dan seluruh Sabah.Satu perjalanan yang tidak tahu bila akan berulang lagi.Dengan teman-teman baru dari semenanjung dan Singapura,kami memulakan trip dengan melawat ke Serikin.Sempadan Indonesia-Malaysia.Pasar hujung minggu yang menawarkan harga yang murah untuk pelbagai jenis barangan.Esoknya kami ke Sibu sejauh 444km.Di Sibu, kami di sambut oleh seorang biker disana,penunggang Harley Davidson.Terlupa namanya.
Malam itu Brunei Bikers mengadakan jamuan makan malam untuk kami di Jerudong.Terima kasih Hj Asmali dan keluarga!Keletihan memang terasa.Kami check in di hotel yang telah diuruskan tempahannya oleh Brunei Bikers.
11/02/2009: Kami dijemput untuk dibawa meronda ke sekitar Bandar Seri Begawan.Mesti mau cari sarapan dulu.Sebalum sarapan,kena tukar duit dulu.Saya tukar RM50 dan dapat Brunei Dollar 20 dan 50sen.cukuplah untuk hotel dan makan!Lihatlah sedikit pemandangan di tempat orang.
comel pulak ikan nih..gambar di bawah ialah oyster..macam2 laa..