Tuesday, October 21, 2008

Coret-coret Edisi Ramadhan Dan Syawal

Sudah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu disini.Dan sekarang baru ada sedikit kesempatan..Syawal yang sudah semakin ke penghujungnya.Ramadhan yang telah meninggalkan kita.Semoga ada sesuatu yang dipelajari dari keduanya, Ramadhan dan Syawal.Bulan-bulan berikutnya adalah bulan kita mengaplikasikan apa yang telah kita latih dan terapkan didalam nurani kita selama sebulan kita berpuasa.Semoga kesabaran dan ketaqwaan kita akan meningkat..
Syawal ini adalah antara yang termanis dalam hidupku setakat ini..Kali ini lebih bererti sambutannya,lebih terasa kemeriahannya.Bukan dari segi persiapannya yang terlalu sederhana.Kuih-muih seadanya.Pakaian yang sekadarnya..Tetapi dengan tautan kasih yang terpelihara antara sanak saudara dan rakan taulan.Itu yang membuat Syawal kali ini lebih meriah dan bermakna..
Adat kunjung-mengunjung adalah tradisi yang patut disemai dan digalakkan di antara kita.Tidak kira,apa darjatnya,miskin dan kaya- semuanya berkongsi kegembiraan di Syawal ini.Dan tradisi "bara an" (bahasa jawa) - rombongan yang akan berkunjung dari rumah ke rumah bermarhaban di kampung saya masih diteruskan.Terbahagi kepada 4 kumpulan:Lelaki remaja, lelaki dewasa,wanita remaja dan wanita dewasa.Memang meriah..Memang indah.
Walau bagaimana pun kemeriahan yang kita rasai, seharusnya kita insaf dengan nasib mereka yang kurang bernasib baik, mereka yang dirundung malang.Bagaimanakah agaknya mereka merayakan Syawal ini?Atau dalam konteks yang lebih luas lagi, bagaimanakah mereka mampu meneruskan kehidupan ini?Bagaimanakah kita dapat membantu mereka untuk meringankan bebanan yang ditanggung?Jawapannya hanya ada pada kita..

Friday, September 5, 2008

Coret coret..

Selamat tiba di Muar jam 6.55pm dari Kelana Jaya.Mujur tidak hujan.Tiada kemalangan.Tiada kesusahan di perjalanan.Sebenarnya tidak ada apa yang penting pun untuk dicoretkan.Untuk dibaca oleh anda semua.Sekadar melepaskan apa yang terasa..apa yang bermain di benak hati.
Baru pulang dari minum di bandar.Melihat keindahan pemandangan sungai Muar di waktu malam bersama isteri.bercerita tentang hari yang sudah berlalu dan yang akan mendatang.Dan saat ini pun kami menanti dalam debar.Menghitung hari kelahiran orang baru.
Sudah 5 hari umat Islam menjalankan ibadah berpuasa.Dan lebih kurang itu juga hari kemerdekaan yang ke 51 disambut meski tidak semeriah tahun yang sudah-sudah pada perkiraan saya.Sememangnya kita harus bersyukur dengan kehidupan kita hari ini.Kehidupan yang tentunya lebih baik berbanding sebelum kemerdekaan.Dan bagaimana cara kita mengisi erti kemerdekaan,itu yang pentingnya.Cumanya,sebagai generasi muda, terkadang tertanya : tidak adakah sebelum Tuanku Abdul Rahman tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan?Tidak perlu berkongsi jawapannya - kerana sebagai generasi merdeka, kita seharusnya sudah mampu menggali sejarah yang mungkin tidak tertulis atau sengaja tidak dihiraukan untuk mencari jawapannya.
Secawan ice-blended moccha dan sekeping kek peneman bicara yang sering bertukar dengan gelak ketawa isteri.Malam ini angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Seakan mau hujan,barangkali awannya masih belum sarat dan larat untuk ke destinasi lain.Di kejauhan muara, ada kerlipan dari tongkang yang mungkin bakal melabuhkan sauhnya.Dan para pemancing sudah mula mengaturkan posisi sedemikian rupa untuk berjuang - samada memenuhi tuntutan dunia mencari rezeki atau mungkin saja sekadar hobi.Memang indah tempat ini.Bumi ini.Tanah ini.Di setiap incinya ada saja sesuatu untuk manusia yang berusaha mencari apa yang diinginkan.
Dan dikala aku sedang asyik menaip,isteriku bertanya "Apa ni bang?"..isyarat apa itu?Ayat apa itu?Maunya apa itu?
heh..salam saja buat semua!

Tuesday, August 26, 2008

Mersing ke Tanjung Piai 02/2008

08/02/2008: Seawal bangun dari tidur,terfikir untuk mengisi kelapangan hari ini.Dengan apa ya?Berjalan-jalan disekitar rumah kampung halamanku - Pt Yaani- mengambil udara segar.Satu keadaan yang nyaman yang tak pernah terasa di kota besar seperti Kuala Lumpur.Mencongak-congak perhitungan sebelum membincangkan apa yang terbuku di hati dengan isteri.Menimbang segala kemungkinan yang ada sebelum mengorak langkah.

Minum pagi-lempeng beserta sardin (cap ayam pilihanku) dan secangkir teh 'o' memang cukup menyelerakan.Setelah menyuarakan apa yang difikirkan sebentar tadi, Tanty pun berkata, "Jom!"..Dan sibuklah Tanty dan ibuku mengemaskan barang-barang yang perlu dibawa.Cukup untuk sehari dua..


Lebih kurang jam 10, kami pun bergerak meninggalkan rumah.Route perjalanan kami hari ini : Pt Yaani->Yong Peng->Air Hitam->Kluang->Mersing.Tanpa melalui lebuhraya.Kenderaan agak banyak di atas jalanraya.Maklum saja, cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina!Melalui jalan lama,terkadang tersengguk-sengguk.Barisan kenderaan yang panjang.Semuanya berhati-hati dan perlahan.
Jam 4.00 petang kami sudah tiba di Mersing.Harus diakui saya tidak berapa fasih dengan Mersing.Tidak pernah ke sini untuk sekian masa yang lama.Agak menggagau juga mencari di mana hala untuk mencari tempat makan yang kena dengan selera.Sudahnya, di jeti Mersing saja..
Selepas makan,kami meronda sekitar bandar Mersing - mencari hotel.Namun, kesemua hotel telah habis ditempah..Kami ambil keputusan untuk ke Air Papan..sambil berharap masih ada resort yang kosong untuk kami.Dan kami menemukannya..resort yang seadanya.Selesa dan pemiliknya peramah..
Jam 600:kami sudah di pantai Air Papan.Keadaan disitu agak selesa..tidak begitu ramai pengunjung dan tidak begitu sunyi..Sudah tidak sabar untuk bermain air..walau air belum pasang..Kebanyakan pengunjung sibuk dengan aktiviti masing-masing..Ada keluarga yang mengadakan sukan keluarga dengan bermacam acara di tepi pantai.Ramai yang leka bermain layang-layang..dengan pelbagai bentuknya..


Malamnya: setelah makan,kami berehat di anjung resort.Memerhatikan anak-anak kecil yang memancing..sememangnya satu keadaan yang cukup untuk merehatkan minda..dengan deruan ombak yang menghempas..sekotak kretek dan air kopi yang dihidangkan tuan punya resort cukup untuk melayani perasaan sehingga jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi..


Jam 7.00 pagi kami bersedia untuk bersarapan di dewan makan resort..kemudiannya kami berkemas..Hari ini perjalanan kami Mersing-?Kota Tinggi->Ulu Tiram->Tg Piai,Pontian.Mengikuti jalan lama.


Kami meronda dulu sekitar Mersing, mencari tempat untuk membeli buah tangan:keropok, ikan kering dan sebagainya.Kemudiannya kami teruskan perjalanan ke Kota Tinggi..Satu perjalanan yang agak 'panjang'.Kami makan tengahari, ala kadar, di sebuah restoran mamak di Ulu Tiram..



Sekitar jam 4.30,kami tiba di Tg Piai, Pontian setelah tersesat beberapa kali mencari entrance yang betul.Setelah membayar fee masuk, kami pun berjalan perlahan-lahan, menyusuri jambatan kayu di kawasan hutan paya bakau menuju ke hujung nya tanah Tg Piai - the southern most point of Asia atau Penghujung Benua Asia!


Suasana alam semulajadinya memang menakjubkan.Saya tidak pernah merasakan keadaan di hutan paya bakau.Sepanjang perjalanan ditemani oleh sekumpulan monyet (?) yang kelihatan ganas tapi sebenarnya tidak.Cuma awas!jangan membawa air minuman di dalam botol dengan memegangnya..simpan saja dalam beg anda atau monyet ini akan merampasnya dari anda!



Setelah lebih kurang 20 minit berjalan..sampai lah kami ke tempat yang dituju..













Sewaktu mentari berlabuh,kami sudah pun dalam perjalanan pulang ke rumah.Trip yang sederhana saja.Tanpa perancangan yang teliti.Tanpa budget yang tinggi.Yang penting,bahagia di hati!






Thursday, July 10, 2008

Re-Visit Kuching



Di WaterFront,Sungai Sarawak.

27/11/2007 - 30/11/2007:
Saya dan isteri berkesempatan untuk ke Kuching - bercuti!Berbanding Kota Kinabalu,ianya merupakan bandaraya yang terletak di tepian sungai Sarawak.Dan kerana saya tidak begitu familiar dengan jalan2 di Kuching,makanya percutian kami pada kali ini diatur menerusi ejen pelancongan..Dan kalau dah pakai travel agent ni,kos akan meningkat sedikit selain terikat dengan waktu..
Tiba lebih kurang jam 12pm..kami di jemput di airport oleh ejen tersebut.Kami terus dibawa makan tengahari di sebuah restoran yang agak terkenal (maaf,namanya sudah terlupa!)Dan sekitar jam 200pm kami terus di bawa ke tempat-tempat menarik sekitar bandar Kuching.Yang pertama kami lawati ialah muzium Sarawak.Mungkin pemandu pelancong kami sudah tau yang isteri saya sudah tidak sabar untuk ke tempat membuat pasu..tanpa membuang masa kami terus ke kilang yang dimaksudkan. Di sini kami ditunjukkan serba sedikit tentang proses pembuatan pasu Sarawak yang sememangnya terkenal dengan keindahan hasil seni tangan yang tinggi.



28/11/2007:Selepas bersarapan,kami dijemput oleh pemandu pelancong untuk di bawa ke Sarawak Cultural Village yang terletak berhampiran Santubong.Ramai yang memberitahu kami,memang tidak sah kalau tidak ke sini.Kunjungan ke sini seakan-akan anda dapat melawat Sawarak dalam masa kurang 1 hari!








Rumah kaum Melanau..Tingginya!








Perkampungan budaya ini menempatkan rumah setiap suku kaum yang terdapat di Sarawak.Anda boleh menyaksikan rumah kaum Melayu,Melanau,Iban dan lain lain lagi sambil melihat kehidupan didalam rumah tersebut dan mempelajari sedikit sebanyak adat resam kaum berkenaan.Didalam rumah itu terdapat beberapa orang yang akan sedia menyambut kedatangan anda, menunjukkan sekitar rumah disamping mempersembahkan kebudayaan mereka. Selepas melawat kesemua rumah tersebut, kami menyaksikan persembahan kebudayaan yang berlangsung di auditorium.Persembahan tersebut menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak berjalan kira-kira 1 jam setengah.Sesuatu yang tidak jemu untuk ditonton.





Mengunjungi Cultural Village sememangnya suatu kemestian bagi mereka yang ingin mempelajari tentang kebudayaan pribumi Sarawak.Dan anda pasti tidak akan menyesal mengunjunginya!Selesai makan tengahari,kami segera ke Semenggoh WildLife Centre.Pusat ini merupakan tempat perlindungan bagi orang utan.Spesis Proboscis Monkey yang hanya terdapat di Borneo.







Kami tiba di Kuching sekitar jam 6 ptg.Setelah berehat dan mandi,kami bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuching.Pemandangan yang indah.Lampu yang begemerlapan melimpahi suasana malam dan angin yang bertiup lembut. Menikmati panorama malam di Riverbank.Memerhatikan bot-bot penambang yang membawa penumpang ke seberang.Kehidupan bandaraya yang tidak terpisah dengan budayanya yang tersendiri.















29/11/2007:Kami bersiar-siar di sekitar pasar Satok yang menjadi tumpuan ramai.



Mencari-cari bahan yang hendak di masak kerana malam ini kami akan bermalam dirumah sahabat saya di Petra Jaya.Rengekan isteri yang tidak puas untuk membeli belah membawa kami ke riverbank,melewati kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderamata dan barang perhiasan.





Di seberang sungai ialah bekas Istana Raja Brooke.Terdapat banyak pengkalan bot penambang di sepanjang sungai ini.Bot-bot penambang ini ditaja oleh syarikat telekomunikasi Maxis dan Digi sebagai agen pengiklanan mereka.Petang itu kami mengambil kesempatan untuk menyusuri Sungai Sarawak - river cruising by boat-memerhatikan kehidupan indah yang tercipta di sepanjang tebing.


Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah makanan.Hanya disini baru saya 'berkenalan' dengan sejenis siput, panggilan tempatannya - ambal.Melihat kan rupanya tidak begitu merangsangkan saya untuk merasainya.Namun apabila telah tersedia dihidangkan oleh teman yang memangnya pakar memasak - ambal masak kari kering, hanya satu perkataan.Wow!Saya percaya

di semenanjung juga terdapat siput ini, cumanya saya tidak pernah ketemu.


Di Satok, kami berkesempatan ke sebuah kafe menjual kek lapis sarawak yang terkenal.Mm..memang lazat dan harganya agak berpatutan.Kami berpeluang untuk merasa pelbagai jenis kek - yang sudah di potong nipis-nipis - dan melihat sendiri bagaimana proses menghasilkan kek lapis sarawak..


Apapun,yang menjadi pilihan utama saya ialah kek hati pari!memang best!

Sememangnya Sarawak menjanjikan pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi.Kami pasti akan kembali ke sini kerana trip kali ini tidak lengkap.Tertinggal satu destinasi yang mesti dikunjungi oleh kaum hawa - Serikin!

Apapun,mungkin untuk trip yang akan datang,saya mau bermalam di tebing sungai Batang Ai (atau di Hilton Batang Ai...)..Ke Gua Niah di Mulu..menyelami kehidupan di rumah panjang..

Thursday, July 3, 2008

Sabah Tour 2008 - Dari kaki gunung ke dasar lautan


Bermula dari 25/06/2008 hingga 2/7/2008,bersama isteri dan kawan-juga sepasang suami isteri memulakan perjalanan kami bercuti ke Kota Kinabalu.Selaku ketua rombongan,saya mengharapkan agar apa yang dirancang - bercuti dengan budget yang sederhana , dari kaki gunung ke dasar lautan, membeli belah dan menjamu selera sepuasnya - akan tercapai..Personally, ini trip yang entah ke berapa kali saya ke sana, untuk urusan kerja ataupun bercuti.Tetapi inilah kali pertama saya menguruskan rombongan- walau sekadar 4 pax saja dan tentunya bagi pasangan kawan saya mereka mengharapkan sesuatu yang menakjubkan dalam percutian mereka.Setelah mengenalpasti tujuan dan tempat yang mereka ingin lawati di kota kinabalu, saya menguruskan segala urusan penginapan,pengangkutan dan agenda telah diaturkan sebelum kami bertolak. Disebabkan penerbangan telah di 'retimed' kan, kami selamat mendarat di KKIA terminal 2 pada jam 1230pagi.Pengangkutan telah tersedia dan saya terus memandu ke penginapan kami - Seri Borneo Hotel - Sinsuran.
26/06/2008 - sekitar jam 730 pagi, kami memulakan perjalanan kami menuju ke Simpang Mengayau - the tip of Borneo - di Kudat.Memandu di sini memerlukan kesabaran dan tumpuan yang lebih..maklum saja andai mata tergoda dengan pemandangan yang indah- lautnya..gunungnya..maka mudah saja kita akan terbabas di selekoh atau gaung yang menanti.Dengan keadaan jalan yang berliku dan berlubang malahan terdapat jalan yang runtuh selorong di sesetengah tempat,kami tiba di Simpang Mengayau jam 12 pm..lebih kurang..hanya satu perkataan yang mampu diucapkan.. mata terpaku melihat keindahan ciptaan Tuhan di kawasan yang paling utara di seluruh Borneo ini.






































Tugu The Tip Of Borneo.Di bawah ialah pemandangan dari atas.








































Terdapat homestay bagi mereka yang ingin bermalam..setelah puas menikmati keindahan alam dan makan di kafetaria yang berhampiran, kami meronda di sekitar bandar Kudat.Setelah mengisi minyak,kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke Kota Kinabalu.Di sepanjang perjalanan kami singgah di dua tempat.Pertama di kudat beads centre dan kedua di kg Gombizau.















Di sini kita boleh menyaksikan proses penternakan dan penghasilan madu yang dibuat secara berkelompok oleh penduduk kampung ini.A minimum entrance fee applied for that purpose.Perjalanan dari KK ke Kudat mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit- lebih 200 kilometer dari Kota Kinabalu.Di sepanjang perjalanan,saya sering berhenti sekiranya terdapat pemandangan yang menarik untuk memenuhi permintaan dari ahli rombongan.Isteri kawan saya mengadu.."tidor..bangun...tidor..bangun..tak sampai sampai lagi"..hehehe..di sesetengah kawasan,jalan diselubungi kabus sederhana tebal.Dan matahari terbenam cepat di sini..sekita jam 6.00 pm sudah mulai gelap.Malam ini saya membawa ahli rombongan saya makan di sebuah seafood restaurant yang terkenal..pada harga yang murah kalau nak compare di semenanjung..
nyum!nyum!
28/06/2008:Kami bertolak agak lewat ke satu lagi destinasi yang wajib di singgah.Kundasang.Sepanjang perjalan kami disajikan dengan keindahan panorama melingkari kawasan berbukit di bawah kaki gunung Kinabalu.Sepanjang perjalanan, saya yang terpaksa memeti tumpuan untuk memandu hanya mendengarkan saja celoteh yang lain-lain mengenai panorama yang indah sepanjang jalan dilalui.Kami singgah di Kinabalu Park, dimana terletaknya starting point untuk mereka yang ingin mendaki melalui Timpohon.

Disinilah bermulanya trek pendakian menuju ke puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
Perut lapar minta diisi.So kami meneruskan perjalanan kami ke pekan Kundasang kira-kira 7km dari Kinabalu Park.Kundasang adalah sebuah pekan dimana terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.Dengan landskap yang menarik dan keadaan yang nyaman, sesungguhnya memberikan ketenangan yang tersendiri.





















Setelah menjamu selera dengan sayap,kami teruskan perjalanan ke Kinabalu Pine Resort.Resort ini adalah antara yang terkenal disini.Early booking amat penting kerana resort ini boleh dikatakan sentiasa saja penuh.Dibawah adalah gambar-gambar yang diambil dari resort ini.

















letih..tapi worth it!

cantik bukan?jam 6.00 pagi keesokannya..kami bangun awal untuk menyaksikan puncak gunung Kinabalu..kalau terlewat nanti berkabus..confirm tak nampak...



Sekitar jam 12pm : Kami selesai check out.Agenda hari ini ialah menuju ke Poring Hotspring.Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah jungle trekking.Anda boleh memilih untuk melalui titian gantung yang panjang disini-canopy walkway.Memang agak mendebarkan.Pada kali ini,saya tidak ber'jungle trekking' ( dah buat masa tahun 2006).So saya cuma nak berehat didalam tub air panas.Anda boleh memilih untuk mandi di kolam awam atau mandi di kolam private dengan charge yang mininum (RM 2/pax pada tahun 2006)Berehat sehingga jam 230 pm..Saya mengemaskan but kereta sementara kaum hawa membeli cenderehati di gerai di luar kawasan.Dari Poring kami bergerak semula ke Kundasang.Berhenti untuk makan.Dan saya tak tahu mengapa sayap di sini terlalu istimewa..asyik nak order jer..Jam 430pm kami singgah di Pekan Nabalu..mengambil gambar2 dari sekitar kawasan tersebut..


Untuk menaiki jambatan gantung di Poring.


Setelah puas, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu..Kawan dan isterinya mengeluh kepenatan..cuma saya nyatakan pada mereka..'jangan terlepas peluang untuk menikmati panorama indah nanti'...sepanjang perjalanan,kami sering berhenti-henti untuk mengabadikan pemandangan indah yang kami lalui..Memandangkan kereta akan dipulangkan pada esok hari..saya mengambil keputusan untuk makan malam kali ke 2 di Gayang.Sememangnya setiap kali ke KK, saya akan mengunjungi Gayang sekurangnya2 2 kali...biasalah..seafood beb! Perut yang berkeroncong sejak sekian lama telah terisi.Perjalanan ke KK hanya lebih kurang 25 minit.Malam itu kami pulang ke hotel dengan perasaan yang puas dan kekenyangan.. 30/06/2008:Kami bangun agak lewat.Maklum saja kepenatan.Sekitar jam 11 kami telah tiba di jeti Jesselton Point.Hari ini kami akan ke Pulau Manukan,salah satu daripada 5 buah pulau di Taman Tuanku Abdul Rahman.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari jeti ke pulau tersebut..Kami tiba lebih kurang jam 12 20 pm..Sampai saja di jeti hati sudah mula berkocak ingin bermain air...Untuk memasuki pulau ini, pengunjung dikenakan bayaran minimum sebanyak RM 3.00/pax.Kami menyewa peralatan snorkeling dari boatman yang membawa kami.
Puas kami bermain air..perut pula berkeroncong.Bagi mereka yang datang pada hujung minggu,terdapat pilihan samada ala carte atau pun buffet.Saya tidak begitu pasti,akan tetapi pada kunjungan 2006 harga untuk buffet sekitar RM30/pax..makan la sampai kenyang..seafood of course!Pantai-pantai di persekitaran Taman Abdul Rahman ini memang terjaga kebersihannya.Kita boleh melihat ikan berenang-renang dengan jelas di celahan kaki kita semasa kita bersnokeling.Sayang sekali kerana kamera saya tidak water-proof!(Pics will be update soon!)












Jam 5.00 pm kami bersedia untuk pulang.Menunggu ketibaan bot kami di jeti sambil memerhati ikan-ikan yang berenang..sesekali mengejar roti yang ditabur oleh pengunjung lain..Setengah jam kemudian kami telah pun tiba di Jeti Jesselton Point.Mentari kian berlabuh..Kami yang kepenatan bersantai di jeti sambil menikmati minuman dan memerhati keindahan alam..sunset..


















2 hari seterusnya,kami hanya menghabiskan sekitar bandar Kota Kinabalu.Bersiar-siar di Philippine Market membeli cenderemata.Makan tengahari di pantai Tanjung Aru..Terdapat beberapa kompleks yang sudah siap berbanding kunjungan saya akhir 2006.Sememangnya pembangunan pesat sedang berkembang di Kota Kinabalu.Harapan saya agar nilai estetika Kota Kinabalu tidak terkubur dalam arus kemodenan yang menggila.Secara peribadi,Kota Kinabalu adalah satu tempat yang lengkap.Seadanya.Tidak memerlukan apa y ang lebih- kecuali jaringan jalan raya yang lebih baik.Makanan mentah yang masih murah,keramahan penduduknya,keunikan panoramanya..semuanya menggamit hati saya agar sentiasa kembali ke sana...Di bawah :gambar sekitar Kota Kinabalu..






Pemandangan dari pasar Filipina - dibelakang pasar yang menjual pelbagai kraftangan dan perhiasan.






Dan tidak ada satu perkataan yang mampu membayangkan apa yang dirasa bila melihat gambar ini...


Saya juga boleh menguruskan trip percutian untuk mereka yang berminat ke Kota Kinabalu mengikut pilihan destinasi dan agenda trip.Segalanya boleh diaturkan mengikut keperluan dan budget.Yang penting kepuasan mengembara dan menikmati percutian anda dalam suasana yang lebih santai disamping mengeratkan silaturrahim.Sebarang pertanyaan,sudi-sudikan lah email kepada saya.Thanks for viewing.