Wednesday, December 30, 2009

@ omong kosong..

semalam aku ke seremban..tengokla abah aku dan tukang rumah yang sedang membaik pulih rumah aku..mmm..mula2 tanya dulu adik ipar aku kat seremban ujan ke tak.."tak ujan..panas beb!"..aku pun terus vroom laa.tiba kat area rnr seremban rasa nak minum plak..masuk kat petronas la jap..beli 100plus..slurrpp..best gak..masa aku nak masuk kat petronas tu aku terpandang brader ni..



(biasa la amik gambar pakai kamera tikam..)
aku tengok ada karipap sardin.aku dah mula tak tentu arah.macam nak beli.tapi takut tersalah inti plak.aku dah pernah terbeli karipap, tulis lain,inti lain..apparahh...
"bang,karipap sardin 1".."1 jer dik?".."cukup ahh...nak rasa".."jangan takut dik..memang sedap..."..apa2 hal aku nak test dulu...dengan lafaz Bismillah...aku pun membelasah karipap tuh...gerek seh!memang tak rugi aku beli...penuh dengan inti sardin..memang ada rasa..karipap pun kulitnya lembut...perghhh...aku makan dengan penuh nikmat laaa..
"bang,karipap sardin bungkus 8!".."ok..siap!..saya kasi free 1"...cayalah...harap2 lepas ni kalau jumpa lagi harga dan kualiti tak berubah laaaa...heheheh..err..by the way,brader ni mula jual kat depan petronas rnr seremban setiap hari jam 5 ke atas!

Wednesday, December 23, 2009

--tentang kaki..

macam2 kita bole fikirkan,kaitkan kalau pasal kaki nih..ada yang bergantung kepada kesesuaian makna dalam sesuatu ayat.ada yang merujuk pada anggota badan kita.anugerah Tuhan yang tak ternilai.
dengan kaki kita mengatur langkah untuk mencari penghidupan di atas muka bumi Tuhan ini.merayap,melepak,berjalan,berlari menendang dan segalanya dengan kaki untuk kita bergerak.bagaimana kehidupan kita tanpa kaki?pasti susah.dan betapa tinggi semangat mereka yang kurang bernasib baik menjalani kehidupan tanpa sepasang kaki untuk ke sana ke mari.bagaimana dengan mereka yang pernah mempunyai kaki tetapi kehilangannya dalam sekelip mata akibat kemalangan atau pun penyakit atau apa pun sebabnya?bagaimana untuk membina keyakinan yang terhakis setelah kehilangan anggota badan yang membolehkan kita berdiri?aku pun terfikir,kekuatan itu harus datang tapi seandainya aku tidak punya kaki lagi,ditarik nikmat itu oleh Tuhan maka apa perasaanku..persediaan ku..harapanku..doaku..aduhh..
aku melawat teman rapatku di pejabat yang baru-baru ini terlibat dengan kecelakaan saat beliau sedang menunggang motorsikal untuk ke tempat kerja..dan akibatnya - sebelah kakinya terpaksa di potong sehingga ke atas paras lutut.berlinang air matanya saat aku menggenggam tangannya.aku harap aku mampu menyalurkan semangat kepadanya agar mampu berdiri lagi walaupun tanpa kaki yang sebelah itu.tapi hakikatnya,hanya dia yang merasa,mengerti.sementelah dia berfikir tentang hari-hari mendatang.tentang kehidupan yang terbatas dan kekuatan yang terhilang disebabkan kecuaian pihak lain.inilah ujian-Nya.ujian untuk dirinya.Ya Allah,Kau kuatkan semangatnya.dan semoga aku juga bisa kuat menghadapi apa saja ujian yang didatangkan dariNya.Amin!