Saturday, January 3, 2009

Selamat Tahun Baru

Saya kira masih berkesempatan dan tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakan taulan dan mereka yang melayari blog ini.Tahun baru.Resolusi baru.Secara peribadi,tidak ada kejayaan besar yang boleh dibanggakan sangat sepanjang thaun 2008.Cuma ada rezeki besar yang dianugerahkan Tuhan dengan hadirnya putera sulung saya.
Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dari segi ekonomi setidaknya.Kegawatan yang melanda sedunia sekarang ini memerlukan kita menangani cabaran kewangan dengan penuh berhemah.Perlu lebih banyak menyimpan dari membelanjakan perkara-perkara yang kurang perlu.Financial re-schedule according to the priority.
Walaupun begitu, tidak membantutkan hasrat saya untuk makan angin.Melihat-lihat tempat sendiri.masih banyak tempat yang belum disinggah.Mudah-mudahan impian saya untuk travel the whole borneo akan tercapai.
Mungkin juga rakan-rakan boleh memberikan input dan maklumat tentang tempat-tempat yang harus dilawati di semenanjung.Saya akan menghargainya.
Apapun,semoga kehidupan kita terus di dalam rahmatNya.Dan semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan ditahun 2009 ini.