Wednesday, March 11, 2009

TransBorneo 2009

Trip yang lepas "dari gunung ke dasar lautan"..Dan trip pembukaan tahun ini - TransBorneo 2009 - aktiviti ride anjuran dan diusakahan dengan jayanya oleh saudara Abol dari MBC.8-20 Februari 2009.Sebagai peserta yang terakhir untuk menyertai ride kali ini,saya mengucapkan terima kasih kepada Modenas kerana sudi meminjamkan Modenas EXCITE 130 untuk trip kali ini.Huh?Kapcai?Then?Tak boleh ka?hehehe..Sesekali ride dengan kapcai untuk satu perjalanan yang merangkumi lebih kurang 3200km..dari Kuching hingga ke Kota Kinabalu dan seluruh Sabah.Satu perjalanan yang tidak tahu bila akan berulang lagi.Dengan teman-teman baru dari semenanjung dan Singapura,kami memulakan trip dengan melawat ke Serikin.Sempadan Indonesia-Malaysia.Pasar hujung minggu yang menawarkan harga yang murah untuk pelbagai jenis barangan.Esoknya kami ke Sibu sejauh 444km.Di Sibu, kami di sambut oleh seorang biker disana,penunggang Harley Davidson.Terlupa namanya.














10/02/2009:Seawal jam 630 pagi kami sudah bersiap untuk memulakan perjalanan ke Miri.Keadaan jalan agak teruk.Kami singgah di Bintulu sekitar jam 1130am untuk makan tengahari dengan jemputan biker tempatan.Jam 430 kami tiba di Miri.Memandangkan kami mendapat jemputan dari Brunei Bikers- PEMODA - kami meneruskan perjalanan hingga ke Brunei hari itu.Satu ride yang agak jauh.Lebih 600km dari Sibu -> Miri->Jeradong (Brunei Darus Salam).Kami disambut dengan meriah oleh bikers Brunei di imigresen Sungai Tujuh.











Malam itu Brunei Bikers mengadakan jamuan makan malam untuk kami di Jerudong.Terima kasih Hj Asmali dan keluarga!Keletihan memang terasa.Kami check in di hotel yang telah diuruskan tempahannya oleh Brunei Bikers.


11/02/2009: Kami dijemput untuk dibawa meronda ke sekitar Bandar Seri Begawan.Mesti mau cari sarapan dulu.Sebalum sarapan,kena tukar duit dulu.Saya tukar RM50 dan dapat Brunei Dollar 20 dan 50sen.cukuplah untuk hotel dan makan!Lihatlah sedikit pemandangan di tempat orang.





























Sebelum ini saya sudah sampai ke sini..tapi kali ini..dengan moped bike saja!














Dan apabila memasuki Sabah banyak tempat yang kami lalui.Dari Kudat kami ke Sandakan.Semporna.Tawau.Keningau.Beaufort.Satu pengalaman riding yang masih terkenang-kenang.Harap-harap bole repeat ride macam ni.
Personally, tempat yang agak 'lain dari yang lain' untuk trip kali ini ialah Pulau Bum Bum yang terletak di Semporna.Terima kasih kepada Abang Ayob dari Sepilok Bikers kerana sudi membawa kami ke rumah orang tuanya di Pulau Bum Bum.Memang menarik.Kami melalui pasar basah di pekan Semporna untuk ke jeti menaiki feri ke Pulau Bum Bum.wow!

comel pulak ikan nih..gambar di bawah ialah oyster..macam2 laa..
















Memang puas la lunch hari tuh.Ketam rebus je sedulang..sampai tak abis lagi..!
Dan bila kami pulang ke KK..(those Singaporean riders ada yang dah balik..adios Adi and Chua..see you next ride).Transborneo 09..lain dari yang lain!